BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 13, 2011

TENTANG DUNIA~~

D-dunia
U-umpama
N-neraka
H-hidup
I-ibarat
L-layang
L-layang

Ungkapan DUNHILL ni saya selalu je dengar. Zaman sekolah n kanak2 riang dulu bukan main  suka lagi tulis benda-benda macam ni time buat biodata kat buku kawan. :-)
Tapi sebenarnya tak tau pun apa benda maksudnya. "dunia umpama neraka" betul ke? apa yang saya lihat sekarang ni bukan umpama neraka..kewujudan neraka itu sendiri pun seakan-akan dilupakan. Seronok dengan syurga dunia sedangkan kita tahu dunia ini hanyalah satu persinggahan. Tidak berniat untuk mengata sesiapa pun, kadang-kadang diri sendiri ni pun masih kekurangan. Hanya sekadar peringatan untuk diri sediri dan teman-teman. Kematian itu sesuatu yang pasti. Cuma bila, bagaimana dan di mana persoalannya. Pernahkah teman-teman terfikir? malaikat Izrail menjengah kita 70 kali dalam sehari. Dalam sehari ada berapa jam? 24 kan..kalau 70 kali agak-agak berapa kali ya dalam satu jam? haishhh! 2,3 kali jugak tu dalam satu jam..seram kan..apa yang kita sempat buat dalam satu jam? bayangkan tengah-tengah seronok duk sembang malaikat datang cabut nyawa..haaa..hang nk kata apa? maut tu tak pernah lewat walau sesaat pun...

sama-samalah muhasabah diri...Semoga kehidupan mendatang sentiasa dalam redhaNya. INSYAALLAH

Sunday, March 20, 2011

Kereta idaman anda...

Hari ni hari ahad....selamat hari ahad semua...hehe
hari yang membosankan bagi yang bergelar penjawat awam dan students. Hari ni cheq nak crita pasai kreta na. Sebabnya cheq bangun tidoq pagi tadi cheq melepak kat tepi balkoni dan ternampak kreta yang banyak kat bawah. Tak tau la pasai pa...Sambil cheq duk layan jiwa sorang-sorang, cheq duk pikaq2 cheq nak pakai kreta pa eh krja nanti...huhhh..tadi tu testing je..hehe

okeh sambung balik ek..tuttttt.....lepas tu mula la otak melayang duk terbayang macam-macam jenis kereta. Semua orang ada impian masing-masing right? sama la macam saya...tapi korang mesti nak kereta yang cun-cun kan? confem la..sape nak kereta cap ayam...ayam pun tak nak..bagi yang minat kereta sport pula mesti ada tampal-tampal gambar kereta kat dinding bilik kan..hehe kantoi sudaa..apa pun itu terpulang pada masing-masing. Ini mungkin salah satu idaman anda..mungkin masih banyak lagi yang belum tercapai. Yang bujang mesti nak kawin dulu kot..



Sesuatu minat itu kadang-kadang memberi kita satu semangat untuk kita capai impian kita. Jadi, berusahalah untuk mencapai impian anda..kejayaan itu ada di mana-mana tinggal nak usaha je lagi...bagi yang masih belajar, mungkin perjalanan kita agak jauh untuk sampai ke kemuncak, maksudnya nak tunggu tamat belajar la..tetapi yakinlah setiap usaha yang dilakukan akan membenihkan hasil yang cukup memuaskan. Bagi yang telah menceburi bidang pekerjaan, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh untuk capai impian anda. Siapa tahu suatu hari nanti anda mampu memiliki salah satu kereta yang ada di sebelah ni...wahhhh!! kalau betul, kamu semua memang orang yang hebat...


kereta idaman saya? hurmm...ada, saya pun punya impian juga...tapi mungkin sedikit pelik rasanya..saya tak kisah sangat kereta apa pun tapi dia punya rim tayar tu saya nak lain sedikit...nak tau macam mana? ini dia..hehe tapi tak tahu la ada orang jual ke tidak...tapi saya akan cuba cari...yang penting USAHA!!! hehe



Thursday, March 17, 2011

Sekadar perkongsian pengalaman....

Peristiwa ini berlaku sekitar penghujung tahun 2007. Kejadian ini dikatakan berlaku pada pukul 3.00 pagi bertempat di asrama aspuri di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Terengganu. Bermula pada suatu malam yang penuh keriangan dan keseronokan, saya bersama teman-teman sebilik bergembira kerana menyambut hari lahir seorang teman di bilik kami. Aktiviti kami bermula pada pukul 11.30 malam, iaitu selepas prep dan kudapan malam dan berakhir sekitar 1.00 pagi. Keseronokan pada malam tersebut seolah-olah membuatkan kami lupa pada peraturan asrama yang mensyaratkan supaya dipadamkan lampu pada pukul 12.00 tengah malam. Kealpaan kami menyambut hari jadi membuatkan ada teman-teman kejiranan kami yang tidak dapat tidur akibat bising.
Usai semuanya, kami bersiap-siap untuk tidur bersama perut yang sangat kenyang. Mungkin ada di antara kami yang sudah ke alam maya dalam masa tidak sampai 15 minit, kecuali saya dan beberapa orang teman yang masih rancak berbual sambil berselimut. Mata terasa sukar untuk dilelapkan. Mungkin akibat terlalu kenyang, mungkin juga kerana cerita yang dibincangkan sentiasa bersambut-sambut dan macam-macam lagi kemungkinan!. Yang pastinya mata kami terasa sangat segar. Lebih segar berbanding jika kami berada di dalam kelas. Namun begitu, lama kelamaan seorang demi seorang teman-teman hilang bersama mimpi-mimpi mereka. Tinggalah saya dan seorang teman yang masih tidak dapat tidur.
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hati kami mulai risau kerana keesokan harinya kami ada peperiksaan. Tiba-tiba perut terasa sakit. Saya mengambil keputusan untuk mengajak kawan ke tandas. Selesai semuanya, kami kembali ke bilik dan bersedia untuk tidur kembali. Tetapi, kali ini kami berusaha untuk memaksa mata supaya tidur. Hampir setengah jam memaksa diri, tiba-tiba pintu bilik air terkuak dengan perlahan. Kreeekkkkk…..!! Mata yang hampir terlelap segar kembali. Kami saling berpandangan. Cepat-cepat kami membetulkan selimut dan kedudukan. Jantung berdengup semakin kencang. Perasaan takut terus menyelubungi kami. Tiba-tiba saya terasa ada suatu objek yang bergerak-gerak di bawah bantal. Takut tetapi ingin tahu apakah gerangan objek yang bergerak-gerak itu. Secara tiba-tiba datang satu kekuatan yang entah datang dari mana telah membuatkan rakan sebelah bangkit dan menjerit. Bangun..!! Ada orang masuk bilik kita..!! Serentak itu semua lampu dinyalakan dan kami berusaha untuk mengejutkan teman-teman yang ada. Masing-masing terkejut dengan pengumuman yang lakukan sebentar tadi.

Tiba-tiba saya teringat satu benda yang berharga pada saat itu. Telefon bimbit! Cuba diangkat bantal. Hilang!! Memang sah ada orang telah memecah masuk bilik kami. Kami bergegas ke bilik air. Cuba mencari jejak si pencuri. Di tolak semua pintu bilik air dan ternyata ada satu yang berkunci dari dalam. Dan kami yakin dia ada di situ. Diketuk berkali-kali sambil mengarah orang tersebut supaya keluar. Namun dia hanya mendiamkan diri. Di lihat sekeliling bilik air, dan kami terjumpa telefon yang sudah terburai isi dan kulitnya di bawah singki. Tetapi telefon tersebut milik teman yang lain. Kami membuat keputusan untuk memaklumkan kepada warden asrama tentang kejadian tersebut. Tidak lama kemudian, ketua warden datang dan berusaha untuk memujuk pencuri tersebut supaya keluar. Akhirnya dia keluar dan ternyata dia adalah salah seorang penghuni aspura yang baru di tingkatan tiga! Sungguh mengejutkan kami. Dia bekerjasama dengan salah seorang bekas pelajar sekolah kami yang telah dibuang asrama dan sekolah akibat masalah disiplin yang sangat teruk. Pengakhirannya, pelajar tingkatan tiga itu dibuang asrama dan telefon bimbit saya dan seorang lagi teman  tidak kembali ke tangan kami kerana telah di jual. Begitulah antara cerita yang paling menakutkan saya.